Kalkulator

Kalkulator Ansuran Kereta Proton

Kira anggaran bayaran bulanan Proton anda dalam beberapa saat — masukkan harga, pendahuluan, kadar faedah dan tempoh.

Kira Ansuran
Anggaran ansuran bulanan
RM0
Wang pendahuluanRM0
Jumlah pinjamanRM0
Jumlah faedahRM0
Jumlah bayaranRM0

*Anggaran berdasarkan kadar faedah rata (hire-purchase). Ansuran sebenar bergantung pada kelulusan bank, insurans dan promosi. Hubungi kami untuk kiraan tepat.

Soalan Lazim

Bagaimana ansuran kereta dikira di Malaysia?

Kebanyakan pinjaman kereta di Malaysia guna kadar faedah rata (flat rate). Jumlah faedah = jumlah pinjaman × kadar × tempoh (tahun). Bayaran bulanan = (pinjaman + faedah) ÷ (tempoh × 12).

Berapa wang pendahuluan Proton?

Lazimnya 10% daripada harga OTR, tetapi boleh berubah mengikut kelulusan pinjaman dan promosi. Semakin tinggi pendahuluan, semakin rendah ansuran bulanan.

Kadar faedah pinjaman Proton berapa?

Kadar faedah rata biasanya sekitar 2.7%–3.5% setahun bergantung pada bank, tempoh dan profil kredit. Gunakan anggaran ini sebagai panduan sahaja.